♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan , terima kasih kerana melawat blog saya ♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan ,terima kasih melawat blog saya ♥

Tuesday, April 28, 2020

6H5M OSAKA-KYOTO-GION-NARA-KOBE - Winter❄️❄️❄️ Mid Jan 2019

Ramai yg wsp tapi tk sempat nak update, soo, ni simple tentatif je kayy🙏🏼 guide by caravan serai
Barang baby yg perlu ada

1) Stroller- Bawa stroller sendiri, stroller akan dpt sekali luggage bila smpai Kansai, bukan keluar2 pintu flight terus ada.Boleh beli foot winter and rain cover sbb sana ada area yg hujan turun.boleh juga bawa baby carrier.tpi umar tk boleh duk diam2😁
2) Baju- Winter jacket, inner thermal, Muffler, glove, stockin, ada yg beli universal traveller, Uniqlo, ada beli online, ada beli bundle JJJ (kedai Jalan-jalan Japan,N9) 😉 Baby pakai 3 lapis & kdg2 dua lapis je (thermal-baju-jacket).Boleh hand carry jacket sebb kluar2 airport dah sejukzz.Pergi tak cukup luggage 20kg🤣 kena tambah dkat airport,5 kg Rm100 lebih 😕blik 30kg cukup2.
3) Susu - Bawak satu peket (900gram)
4) Thermos wajib oii
5) Pampers - dlm 20 pcs
6) Ubat - Baby ambil vaccine 1 month before pergi,n ubat2 biasa(selsema,batuk,demam) wjib bawa yoko2 sbb jalan jauh and turun naik tangga bawak stroller😆 Lip balm jgn lupa
7) Snacks - Mister potato,biskut, roti, coklat, sosej , mlm balik homestay masak kat rumah, beli siap2 sharifah instant food.rendang dendeng sedap😋
Flight Rm 900++/person pergi balik AA promo
Baby infant Rm50++ sehala (sebab tu pergi sebelum Umar 2 tahun😍
Guide Rm 1500/person
,accomodation,transportation and wifi pocket (5D4N) baby dlm Rm 300(tapi yg boleh jalan sendiri better sendiri sbb jepun punya transport service sngt efficient)
.
Day 1
.
Smpai di Airport Kansai - stay area Tsutenkaku Tower (Station drop at Shin-Imamiya) jalan kaki dlm 10 minit.Tak pasti nama Hostel/Guesthouse tu sebab ikut je guide jalan.hehe

VIEW FROM OUR WINDOW


Day 2
.
Osaka Day Trip (Osaka amazing pass 1 day)
Osaka Castle, Tempozan, Ferries Wheel ride - Shin Shai Bashi- Dotonbori -Cruise
-pass boleh naik free Santa Maria cruise,Dotonbori cruise, ferris wheel
Osaka Castle, jauh jugak menapak smpai dlm ni.boleh nak tukar baju traditional atau masuk muzeum tapi weolls decide ambil gmbar je kat luar.Kalau time Sakura, area sini cantik sangat.Datang pagi2 tak ramai orang
ferris wheel, depan dia ada aquarium besar! Osaka Aquarium Kaiyukan, ada whale tapi kami tak masuk. kalau Umar dah besar mungkin masuk sebab budak2 yang paling excited kan hehe.Ticket kalau beli KLOOK maybe around RM100 [adult]  RM 30 [child]

HALAL FOOD , Bab-ul Hayat Restaurant
ada dalam mall sini depan aquarium, tingkat 3.Turkey food.Sedap and banyak.Surau pon ada area sini, kena dapatkan password dekat information centre luar mall, baru boleh masuk
Shin Shai Bashi.Area sini best giler shopping smpai husband taknk naik cruise hahahaha.Sebab kan bawak budak cepat meragam, so , ada lah benda kena kita lepaskan kalau kita nak shopping hehe. Cari kedai 3 coin+ plus utk beli merchandise around 300 yen
Tempat wajib ambil gmbar hehe.Glico Man

.
Day 3 (Nara-Kobe) (Kansai pass)
Travel To Nara - Visit Nara Park - Kofukuji Temple - continue to Kobe for Visiting Kobe Mosque and Kitano Ijinkan
First time tengok dekat and banyak deer ni.Dia main sondol2 je kita sebab kita ada beli makanan yg dijual khas utk deer dekat situ.hehe.
Jalan depan sikit ada kedai Jual Mochi yang viral tu, pkerja dia akan pukul2 adunan tu mcm stress sangat lah.We alls datang pagi2 so dia tengah prepare lah, and sedap giler.beli kat malaysia tak selembut sana.
Lorong ni boleh borong biskut Kapal,depan sikit lepas jumpa kedai mochi.Boleh tahan murah lah tapi tak ingat berapa hehehe
Kobe Manhole.Jom ke Kobe pulak, sampai sini hujan sikit.Area sini mmg mendaki sikit mcm bukit sikit and banyak bangunan.
kami kat sini nak tengok and solat sekali Japan First Mosque and bangunan yg kukuh after WWII .Area sini ada kedai makan pakistan Naan Inn, Ya Allah sedap sangattt and Daging Kambing dia lembut.Umar pon suka makan.Area sini pon ada cable car, tapi kami tak naik lah.takde dalam itinary


.Day 4 (Kyoto) (Kansai pass)
.
Arashiyama Bamboo Forest, Fushimi Inari Shrine, Gion ,Traditional Japanese Building
Next, kami pergi arashiyama Bamboo forest.Tempat ni cantik gilos and penat nak berjalan.kejap naik, kejap turun dengan umar nye mengamuk nak jalan . hehe.Then kami naik train balik pergi ke Kyoto kunun nya nak makan wagyu beef tapi kedai nya tutup.Jadi kami pergi balik area Bamboo makan di Yoshiya Arashiyama Honten.Makan dia bersila ala2 japanese traditional Restaurant.Makanan boleh lah fifty-fifty. Makan Oden dia tapi Umar je lah yang makan.Tapi surau dia best.
Lepas tu kami pergi fushimi Inari, tempat ni temple tapi cantik kalau ambil gmbar.Kena jalan jauh sikit kalau nak takde org, sbb sini ramai org datang.lagi2 bila dah petang.Kat sini takde muslim restaurant, cuma ada street food yang kami makan mcm rice cake batang lidi tu.Guide kami kata boleh makan lahh.hahahaha

.
Day 5 (Beli ticket sendiri)
Explore sendiri sebab yg lain pergi tempat lain.So,kami pergi USS,then go to Dotonbori, Shin sai bashi to shopping(300 coins,bic camera)
kami jalan sendiri sebab grouping lain pergi main salji .kami punya package tak termausk salji, supposedly last day lah harini 5 days 4 night only  .tapi tarikh yg agent suruh booking flight sendiri 6 hari, so kami kena keluar guesthouse dan booking hotel sendiri pakai duit sendiri dulu dlm RM 130 SEMALAM di HOTEL SUNPLAZA and katanya claimed balik Malaysia tapi la ni tak dapat2 lagi duitnye hehehehe kami kena kongsi toilet and shower.Satu floor satu shower and toilet and tiada katil ya.cuma toto sahaja.Lepastu, pocket wifi kena pulangkan, kami kena beli Digi punya plan.Tapi bila dah beli, tak dpt2 juga internet.tengahari baru keluar hotel and kami guna wifi hotel je tanya guide cara nk ke USJ & DOTONBORI untuk shopping lagi. Haritu tak puas jalan hehe

Nasib sistem dia efficient je and mudah nak pergi dari satu tempat ke satu tempat.Husband nak sangat pergi Hard Rock Cafe, so kami pergi lah USJ.Lepas shopping situ, pergi Dotonbori, Dinner kat sana.Banyak beli barang Husband je .Dapatlah dia tshirt and G-Shock, Kami sinngah di BIC Dotonbori .Malam baru smpai Hostel.Kalau tak biasa sebelum gelap dah smpai bilik.hehehe.

.
Day 6 (Kansai pass)
Check out
Send to airport.lari kejap to Rinku Outlet..shopping lagi tpi dh last day mampu cuci mata je😁 huhu
.
Pikachu banyak kat airport and before balik beli coklat Nama ni, sedappp

🌸

0 comments: