♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan , terima kasih kerana melawat blog saya ♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan ,terima kasih melawat blog saya ♥

Thursday, October 13, 2016

3D 2N, Pulau Perhentian Kecil : First Honeymoon trip!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, selesai majlis walimatulurus belah perempuan and belah lelaki pada 2 September and 1 October 2016.Fuhh! penat kau kahwin! Kalau nak cerita pasal kahwin memang jenuh nak baca entri ni. So, kita cerita lah pasal holiday di Pulau Perhentian.Yeayhhh!! Okayh, plan nak pergi sana mmg tak terjangkau sbb awalnya nak plan Bali or Bangkok tapi budget tak mencukupi.So, tangan ni gatal duk cari hashtag dekat instagram and aku search je pakej...ha kau! melambak keluar pakej2 yang best. then ternampak lah pakej perhentian by Kravers. Jeng jeng jeng!! apa benda tu???! meyh kita review sikit Perhentian kravers ni.

Haa, ni lah perhentian kravers instagram! Pakej yang kami ambil termasuklah feri pergi-balik (RM 70 one way tak silap) , breakfast two times at the resort, lunch sekali at fishing village, BBQ dinner sekali, snorkelling for 6 points, and Sha ri la resort untuk 2 malam semuanya berharga RM 380 Per Person.Kalau korang dapat murah lagi, rezeki hangpa lah kan.Yang tak suka amek pakej2 ni pon boleh survey sendiri kat internet, just kami first time and dua2 tak reti nak plan the whole trip.Taknak la special trip ni hancus berderai kan.First tips, kalau korang pergi pulau waktu weekend without booking any resort silap-silap korang tidur lah kat pantai.semua penuh beb!.kuikui.Aku pergi on weekdays, sampai Kuala Besut hari selasa, balik khamis.Nice.So, kiteorang terus whatsapp that number and tengok details bagai,my agent is Gebeng which no phone dah tertera kat atas tu and kami on that time mmg jenis yang malas nak survey and terus booking beb! Bayangkan booking lagi 3 minggu before honeymoon, tu yang malas nak cari pakej lain.So, kami mmg pasrah dan berserah je lah mengharapkan Kravers ni bagi service yang mantop.Nak tahu pakej apa kami ambil? Jom aku cerita dari mula.......

Day 1 (From Melaka-KL-Terengganu)

Okay, first aku naik bus Sani Express dari TBS pukul 10 malam, Sejuk bak hang menyesal tak bawak selimut sebab 9 jam perjalanan wei! Laki bini tak bawak sweater ha menggigil la kesejukan.Bus cost RM 45 pergi sahaja, so total dua org RM 188 termasuklah GST.Boleh je ambil dari Melaka, but aku beli online ticket ternampak Sani Express from TBS to Kuala Besut, Terengganu.Aku terus je booked sbb waktu tu awal muharram, Ramai woi org balik kampung!Second tips is about transport during holidays, please gerak awal.GERAK AWAL!Nak di jadikan cerita, bus aku dari Melaka pukul 6.30 pm, kami smpai pukul 6.25 kat MC.tu satu hal, jalan jammed pulak kat Higway Senawang,jam dah pukul 8.15 pm, Bus kat TBS pukul 10 pm. Dalam hati doa jelah permudahkan urusan, Alhamdulillah, driver bus to masuk tol Senawang keluar tol Seremban. then sempat lah kami sampai di tb pukul 9.30 pm.Thank you so much bang!Kalau naik flight memang kau dah lari2 lah dalam KLIA TU(teringat trip ke penang tertinggal flight) hahahaha Btw, aku booked bus lepas dah confirm package kat kravers.Otw ke sana, bus akan stop kejap di Jerteh and beberapa tempat,so,so, jangan ingat org turun pon kau turun.Tak pasal2 tak sampai ke destinasi.Maklumlah, baru bangun tido pukul 4 pagi. hahaha.So, smpai je kami di station bus Kuala Besut around 5.50 am and kami macam blur bila dah turun bus, fikir nak wat apa, nak call sapa, nak pergi mana.. Nasib baik ada pakcik baik tolong guide kan pergi ke jeti, maybe dalam 50 meter.So, jalan kaki lah! kata backpakers.sobss.Kalau takde org guide kau, kau duk je kat kerusi besi tu, kau pergi ke arah kiri kau nampak BSN (the only ATM at that pekan) and kau jalan je terus and stay left kalau kau nampak simpang.Nampak kawasan perkuburan and Masjid means kau dah dekat lah tu.pastu dah terang sikit kau jalan2 je kat situ, serious dekat.

Sampai je jeti, dah solat semua, pergi gerai and breakfast.Disebabkan pakej yang aku amek takda makanan utk first day, aku tapau lah nasi dagang utk tengahari punya makan.Bot, korang boleh naik sama ada pukul 8.30,12 or 4 ptg tapi kiteorang taknak buang masa, ambil lah 8.30 punya.Before naik bot, jumpa one of the kravers agent, nama Mirul.Sembang punya sembang, dia suruh beli Marine Park tiket RM 5 seorang (diguna pakai utk snorkelling nanti) and akan jumpa dia nanti time keluar pulau on  last day.Sampai je pulau perhentian, kami pergi check in Sha ri la Resort.Sediakan deposit hotel RM 100 and kalau nak pinjam Iron,deposit pulak RM 50.Nanti korang dapat balik duit tu.(Third tips,keluar duit secukup-cukupnya before masuk pulau).Alhamdulillah, bilik ada kosong,so, dapat check in awal, takdelah bersapau tepi pantai ke.Istimewanya Sharila resort ni, die berdekatan dgn Romantic Beach! Apa lagi, sampai je kami tukar baju and masuk laut! Truely heaven on earth! 

                             Our room, takda itik, takde bunga lilin bagai

        Living close to nature is wonderful for your mental health

                                                                   Team Germany beb!

Pukul 12 lebih terus kami rehat di bilik, prepare utk hiking Kincir Angin pulak belah petang.Okayh, ramai tak tau mcam mana nak pergi sana so, kat bawah ni ada simple map tuk korang. Kami stay di Coral Bay, as you can see, banyak giler resort kat situ, if korang nak pilih reosrt lain kan.Tapi, kalau nak pergi kincir angin, korang kena lalu Ombak Resort.Dari situ ada jalan short cut ke Long beach mengambil masa 10 minit giteww (naik turun bukit).Better korang pakai kasut yang selesa sbb kata pun hiking kan hahaha. So, smpai je long beach korang belok kiri smpai korang nampak campsite or volleycourt dalam 300 meter and belok kiri.Di situ lah, adventure bermula...Korang akan daki, daki and jumpalah kincir angin dalam 30 minit (free je) and korang kena pergi ke tangga yang cantik tuu, kena belok kanan after nampak kincir angin.Nak cara senang pergi sana? Takda masalah, keluarkan je duit RM 10 and naik water taxi sehala.So, pergi balik dalam RM 20. Takda masalah. hahahaha.
Masuk di Ombak Resort

                               Time mendaki, line full giler!
                                                                     Penat tapi berbaloi!

Dah hiking, lapar lah pulak dan kami terus makan dekat persisiran long beach, harga makanan sorang RM 10 jeeee.jeee? Pulau biasa lah harga makanan mcm tu. hehehe. Fourth tips, untuk siapa yang takut gelap tu disarankan balik sebelum maghrib sebab jalan short cut tu hutan sikit, tapi yang jenis nak lepak2 malam tu ha bawak lah torch light nak balik resort senang.Dekat Long beach tu mmg akan bising sebab ada persembahan api and party by mat saleh. hehe. Suka korang

Day 2 (Pulau Perhentian,Snorkelling)

Second day, lepas je breakfast buffet di resort, kami terus prepare nak Snorkeling.Pukul 10.30 pagi kami dah tunggu abang boat.Ada 6 point which are Turtle point, Coral point, Shark point, Fish point, Fishing Village and last sekali Romantic beach..Package yang aku amek ni siap makan tengahari di Fishing village, mmg puas hati lah lunch kami sbb dah pergi berenang2 tengok ikan mesti lapar kan! Nasi banyak, lauk pon banyak.Makan sampai kenyang. hahaha. Yang tak booking boleh je amek pakej direct dekat Ombak Divers (Recommended since the guide is so awesome and friendly) RM 50 per person,Paling penting! takyah korang duk gatai tangan sewa gopro dlm RM 80- RM 100 sebab Kravers/Ombak Divers dah menyediakan Under water Photographer yang mmg Superb gambar dia.Bayar RM 60 je and die akan bagi CD and ambil lah berapa banyak gmbar korang nak on that trip.My tips, sentiasa ikut photographer tu, sebab rugi kalau korang beli tapi gmbar tak banyak.Bukan nak cakap apa, Mat Salleh yang bawak Go Pro pon sanggup beli CD sbb gambar die Marvellous!Tak Percaya? haaa tengokkk
Cantik kan! tu belum lagi video nampak ikan berenang-renang. So, habis je snorkelling dalam pukul 4.30 - 5 pm, Sempat rehat kejap sementara menunggu BBQ dinner pukul 8.30 malam.Nak di jadikan cerita, kami laki bini boleh tertido smpai kul 8.30 pm!Lupa nak kunci jam sebab penat sangat seharian snorkelling. Hahahahahaha! Keluar je resort, kami terus ke Fatimah cafe, Semua dah kosong. Waaaa! mana makanan ni, tempat bakar pon dah siap kemas! Terus tokey tu tanya, kami tunjuk Id dan die kasi makanan yg dah dia simpan. hahahaha. Dia kata start dari pukul 8 dah tapi kami sampai kedai kul 9. Makan lah kami sotong, ikan, hotdog, and macam2 then straight pergi ke ombak cafe utk tengok slide show gmbar kami snorkelling siang tadi,Abang tu burn je cd, terus bagi duit and balik resort sambung tido. zzzzzzzzzZZZZ.

Day 3 (Pulau Perhentian-KL-Melaka)

Hari terakhir, kami check out pukul 11.30 pagi, before tu breakfast dulu di Sha rila cafe (dlm package) dan merayau lah di long beach sementara tunggu bot pukul 4.Beg yang berat tu kita tinggal kan je dekat  reception, akak kat situ baik2 (perempuan tau) and bawak yang penting je. Plan nye nak kayak, tapi fikir kan nanti baju basah, pasir bagai, so lepak je lah bawah payung kat long beach.Kena bayar okayh! Rm 10 jeeee. hehe. dah lepak sampai kul 2,30 terus g kedai makan utk lunch plak (sendiri) , aku makan dekat kedai short cut yg korang lalu nk g long beach tu, nama kedai tu Ewan's Cafe. Korang kena try Nasi Kerabu dia.Sedap giler!! and aku pulak makan chesse burger, kenyang sangat! 

Lepas makan je, terus g Coral Bay Jetty, and sampai je kat Kuala Besut Jetty, kami jumpa balik Mirul, bagi feedback semua and rakam sikit video promote Perhentian Kravers.Memang best since ni first time ke sana and perhentian kravers memudahkan journey kami.cehhhh.Sementara nak menunggu pukul 8.30 (our bus ticket) kami beli souveniers dulu, favourite things yang aku suka beli kalau berjalan ni just Fridge Magnet and Baju je..Itu je lah modal yang ada hahaha.Then kami jalan-jalan di pekan kuala besut dulu, pergi pasar malam, pergi ambil gambar mural diorang (macam penang) and lepak kat 7E beli makanan ngoyeng-ngoyeng.Tapi kalau korang nak beli makanan-makanan ringan ni better korang pergi Pasaraya area bus station.Surau pun ada di tingkat dua atas kedai komputer area situ jugak.Itu sahaja nak kongsi, hope dapat bagi korang maklumat berguna kalau nak g sana honeymoon.orite, thank you!
                                      Throwback kejap wedding
Additional tips by Kravers,

Cara cara nak sampai Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian

Samada guna :  πŸšŒ , ✈,πŸš—

🚌: Beli tiket bas ke Kuala Besut. Jeti hanya 50meter dari Stesen Bas K.Besut . Kebanyakan bas dari Semenanjung ade ke K.Besut. Paling Recomended!
**then terus ke meeting point

✈: Amik tiket flight ke Kota Bharu instead of Terengganu sebab lagi dekat. Then boleh amek teksi atau request van.
πŸ‘‰Airport KBR ke Jeti Besut ET 45mins
πŸ‘‰Airport KTG ke Jeti Besut ET 2 hours
**sampai terus ke meeting point

πŸš—:Bawa kereta dari destinasi anda terus tuju ke Jeti Kuala Besut Terengganu guna apps (waze/googlemaps/gps/dll)

πŸ“Œsila pilih parking kereta berbayar yang selamat di kuala besut*sila simpan kunci dgn elok. Ada yg pernah terhilang kunci kat pulau.

Assalamualaikum!










Monday, July 25, 2016

DAFTAR NIKAH ONLINE - 2016

ASSALAMUALAIKUM! Hai lovebirds di luar sana!! Mesti korang dah pening giler cara nak daftar nikah kan.Give up and serabut nak handle all the documents, minta cop lagi.Haish.Stress! But don't worry anymore, aku share dengan korang cara nak daftar nikah online.Since, aku and tunang aku orang melaka lebih senang lah nak daftar kan. 

First of all, korang kena ambil kursus nikah dahulu.Kursus kahwin ni lebih kurang RM 80 - RM 120 in two days only.Wajib tau ambil kursus ni and mest be taken 1 month before your akad nikah.Kalau dekat Melaka korang boleh pergi dekat MAIM dekat area Bukit piatu area Jakel.Bukan di Masjid Al-Azim tau! Bawalah photostat ic, gambar pasport bersongkok bagi lelaki and bertudung bagi perempuan.Kalau nak tanya lebih lanjut boleh call MAIM 06-2882264 OR Pejabat Agama Islam Melaka 06-2882360.Btw, untuk tata cara pemakaian pergi khusus, lelaki diwajibkan memakai baju kemeja putih dan bersongkok manakala perempuan bertudung putih dan berbaju kurung yang menutup aurat.Take note!



Second, dah dapat hangpa punya sijil kawin, korang dah boleh daftar nikah online seelok-eloknya 3 bulan and 3-4 minggu sebelum nikah.Jangan daftar awal- awal! tak sabaq nau hangpa ni! Basically, semua borang nikah dah takda dah manual, means zaman sekarang korang kena isi online jugak.Senang je!Taip Laman web negeri hangpa and kalau kat Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak boleh terus pergi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) and click borang nikah online tepi tu.




Untuk yang Newbie boleh buat permohonan baru and please save no rujukan permohonan untuk update information one day.Seperti yang korang tengok atas ni, dia ada belah lelaki and belah perempuan.So, lelaki kena settle dulu isi borang baru boleh belah perempuan fill in the form.Untuk bahagian maklumat kariah, korang boleh lah pilih masjid berdekatan dengan rumah.Toksah pening- pening nak google maksud kariah tu apa.hehehe.Nanti ada ruangan SARINGAN HIV and yg area melaka boleh pergi poliklinik peringgit belakang Melaka Sentral hanya bayar RM 1.Operation hour kalau hari biasa Isnin - Jumaat pukul 2.00-3.30 sahaja.Hari minggu tiada Sesi ujian saringan HIV. Most important, basic document yang anda kena attached kena lengkap seperti yang berikut :

  • Ic/passport (Original & 1 copy)
  • Sijil lahir (if alamat ic tak sama dengan current address)
  • Surat pengesahan bujang dari majikan/ketua kampung (Original)
  • Sijil kursus kahwin (Original and 1 copy)
  • Kad pengenalan wali (bagi perempuan) (1 copy)
  • Sijil perakuan nikah or surat perakuan cerai your parents (1 copy)
  • Sijil kematian bapa atau datuk (1 copy)

Additional document untuk kes khas seperti

  • Sijil/surat./ kad akuan menganut islam.Pengesahan dari Jabatan Agama if memeluk agama islam di luar negara (Original & 1 copy)
  • Surat kebenaran Majikan if tentera or polis (asal)
  • Surat kebenaran dari Mahkamah Syariah sekiranya bawah umur/poligami/tiada wali/wali enggan/janda berhias (Original)
  • Surat Wakalah Wali (jika berwakil wali) (Original)
  • Surat kebenaran pasangan (time ni lah nak bold if minta kebenaran hehehe)
  • Surat perakuan nikah/rujuk or surat kematian pasangan yg disahkan bercerai mati (Original & 1 copy)
  • Surat perakuan cerai (Original & 1 copy)
  • Sijil Temuduga Perkahwinan bagi kes tertentu sahaja

Third, lepas settle borang nikah tu (Sign by wali,imam masjid, pengantin all that) boleh lah hantar ke Pejabat Agama Islam (depan pos office) dan bayar RM 10 each form (for me RM20 since hantar dua2 belah pihak) untuk process fee and datang lah balik a  few days later utk ambil borang kebenaran kebenaran berkahwin untuk dihantar ke imam yang nak nikah kan anda.Tara! dah settle.Owhhhh, Dont forget give your passport photo (2 pcs) lelaki bersongkok and perempuan bertudung to pak imam.Bawah ni contoh borang kebenaran berkahwin.


Lastly, tunggu hari nikah je lah
(DUP DAP DUB DAP)
Okayh itu sahaja.Thank you and hope membantu korang! BYE & ASSALAMUALAIKUM!

Thursday, July 21, 2016

My Engagement Day



Assalamualaikum!First, nak gelak puas-puas dulu.HAHAHAHAHAHAHAHA.Okayh cukup.Actually, dah lama gilak tak blogging since 2013 i guess. Ni jenguk pon sebab budak office buzy body nak stalk gambar-gambar lama time budak hingusan dan selebet nak mampos.So,this entry is kinda awkward for me and u (ada ke yg baca post ni??) yang tiba-tiba mucul and declare dah engaged.Yup, that's true.Im Engaged!!!

Time flies so fast, sedar-sedar dah jadi tunangan orang.Engage while still study in semester 5 on 6 November 2015, friday night.Oh yeayh! hahaha.That time my age is still young, which is 22 years old and ramai yang tanya berapa cost untuk tunang.So, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ye dop? Meyh hakak habaq cost for engagement.Basically, overall cost maybe in RM 2,000 termasuklah cincin, hantaran, foods, barkat (gifts) all that. In my situation, aku takde plak merisik, so terus tunang je and dapat cincin satu jelah maybe cost cincin dalam RM 500 (Ni pon bakal mak mentua yang pilih).Tengok belah lelaki lah nak kasi berapa.My original budget is actually RM1,000 and yang lain tu semua kakak ipaq yang sponsor, alhamdulillah. Nak majlis yang sederhana je macam pakai baju yang ada je ke..sarung atas kerusi je ke.. but lepas kena desak ngn kakak ipar, terpaksalah ambil mak andam lah, baju tunang lah... tu cost naik RM 2,000.In conclusion, aku terus kira-kira lah untuk korang setiap details cost engagement tapi bukan accurate sangat.terpulang kat korang lah nak tolak or tambah budget korang.

Cincin = RM 500
Make up and Mini Pelamin = RM 600
Hantaran = RM 200 (7 balas 5 dulang)
Baju = RM150
Makanan = RM 500
Gifts = RM100

So, in total RM 2,050.Tara! Mesti korang tanya kenapa cincin pon dalam cost belah perempuan? sebab kami mengamalkan sharing money.But,duit makan je pakai duit aku since aku yang jamukan belah lelaki kan.. yang lain semua kakak ipar sponsor.Again, Alhamdulillah.So,dah settle cost.Aku share mana nak cari barang2 ni semua.Since aku tinggal kat Melaka,goods & services semua dalam melaka je lah aku cari.Senang je, korang cari dekat instagram and google contoh Mak andam, Iwanna. Baju tunang pi cari instagram @bajutunangnikahonline .Murah-murah beb baju dia and cantik! sebab baju tu terus post dari Jakarta and don't worry.Very satisfying! just korang kena la pandai ukur baju di pandai sendiri sebab beli online kan.Better korang beli besar sikit kalau risau baju tu sendat sangat ke since kita boleh adjust kan.Bab barang hantaran plak.aku beli kat Mydin je like sejadah, sirih junjung (mini pokok bunga like orkid), chocolate, and others.aku dah lupa senarai barang hantaran (cake, blueberry tart) .Meanwhile, barang-barang macam bunga hiasan and dulang aku beli dekat PISB (Porcelain In Sdn Bhd) dekat area Ayer Keroh sana and hias sendiri.Kalau suruh org hiaskan mau satu dulang RM10.Aku agak jelah.hehe.Cincin pon beli dekat kedai emas biasa je.

Waktu pertunangan, before make up aku makan dulu kasi kenyang sebab lepas sarung cincin aku kena bergambar lah all that.Nak jadikan cerita, mak andam aku punya kereta rosak plak otw nak dtg rumah and that time dah pukul 6.30pm (belah lelaki datang lepas Isyak).Nasib baik ada org tolong dia and dia sempat sampai pukul 7.30.Korang pon tau je lah make up memang berjam and lepas azan isyak je I call him utk gerak lambat sikit and drive slowly.Memang lawak lah siak.Lepas je Family belah lelaki datang, mcm biasa diorang berbincang about hantaran then panggil perempuan turun untuk sarung cincin.Pergh ramai giler and aku pon nervous kalau banyak sangat mata memandang sampai aku stop kejap kat tangga, take a deep breath, barulah turun dengan ayunya.HAHAHA.After the occasion finished, aku decide g outdoor photoshoot (pakai camera phone only) with my friends.Outdoor aku dekat Kampung Morten, Melaka, pandai-pandai lah pusing satu kampung cari jambatan ni hehe..But,datang lah waktu malam,serious cantik! Berakhirlah malam pertunangan aku and apa lagi, prepare lah pulak untuk final (that time tengah mid sem break).Okayh. Dah la.aku share gambar je lah ye.BYE & ASSALAMUALAIKUM!











Saturday, December 22, 2012

MenyemaiBenihCinta

Assalamualaikum!

hye,dah lame tak update blog.quite long it is.Disebabkan cuti midsem sedang berjalan dengan lancar tambah pulak assignments melambak-lambak kannn*okeyh,itu tolak ketepi,sy just nak share korang2 semua gambar students De'best club Lendu ,Alor Gajah BM111 dari part 1 till part 6 (part 5 gmbar lmbat sikit yee,maaf >.<) yg telah membuat event #Menyemai BenihCinta untuk mengenali lebih mesra dengan penasihat Debest iaitu Encik Mohamad Idham Bin Md Razak , Cik Afzan Sahilla bt Mohd Amir Hamzah , Encik Zakimi bin Ibrahim serta ahli-ahli Majlis Tertinggi De'best .Here we are,with lots of love :)


 Part 1

 Part 2

 Part 3

 Part 4
  Part 5
Part 6
Varsity Jacket DBS oleh part 6


New Team New Spirit 2012/2013
 kiri dari bawah : que,nazreen,amad,sir Idham,miss Afzan,sir Zakimi,hana,amoi,ieya
kiri dari atas : wan,sai,daneesh,paan,falah,ishak,zam,haziq,hafiz,azra hairani