♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan , terima kasih kerana melawat blog saya ♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan ,terima kasih melawat blog saya ♥

Thursday, October 13, 2016

3D 2N, Pulau Perhentian Kecil : First Honeymoon trip!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, selesai majlis walimatulurus belah perempuan and belah lelaki pada 2 September and 1 October 2016.Fuhh! penat kau kahwin! Kalau nak cerita pasal kahwin memang jenuh nak baca entri ni. So, kita cerita lah pasal holiday di Pulau Perhentian.Yeayhhh!! Okayh, plan nak pergi sana mmg tak terjangkau sbb awalnya nak plan Bali or Bangkok tapi budget tak mencukupi.So, tangan ni gatal duk cari hashtag dekat instagram and aku search je pakej...ha kau! melambak keluar pakej2 yang best. then ternampak lah pakej perhentian by Kravers. Jeng jeng jeng!! apa benda tu???! meyh kita review sikit Perhentian kravers ni.

Haa, ni lah perhentian kravers instagram! Pakej yang kami ambil termasuklah feri pergi-balik (RM 70 one way tak silap) , breakfast two times at the resort, lunch sekali at fishing village, BBQ dinner sekali, snorkelling for 6 points, and Sha ri la resort untuk 2 malam semuanya berharga RM 380 Per Person.Kalau korang dapat murah lagi, rezeki hangpa lah kan.Yang tak suka amek pakej2 ni pon boleh survey sendiri kat internet, just kami first time and dua2 tak reti nak plan the whole trip.Taknak la special trip ni hancus berderai kan.First tips, kalau korang pergi pulau waktu weekend without booking any resort silap-silap korang tidur lah kat pantai.semua penuh beb!.kuikui.Aku pergi on weekdays, sampai Kuala Besut hari selasa, balik khamis.Nice.So, kiteorang terus whatsapp that number and tengok details bagai,my agent is Gebeng which no phone dah tertera kat atas tu and kami on that time mmg jenis yang malas nak survey and terus booking beb! Bayangkan booking lagi 3 minggu before honeymoon, tu yang malas nak cari pakej lain.So, kami mmg pasrah dan berserah je lah mengharapkan Kravers ni bagi service yang mantop.Nak tahu pakej apa kami ambil? Jom aku cerita dari mula.......

Day 1 (From Melaka-KL-Terengganu)

Okay, first aku naik bus Sani Express dari TBS pukul 10 malam, Sejuk bak hang menyesal tak bawak selimut sebab 9 jam perjalanan wei! Laki bini tak bawak sweater ha menggigil la kesejukan.Bus cost RM 45 pergi sahaja, so total dua org RM 188 termasuklah GST.Boleh je ambil dari Melaka, but aku beli online ticket ternampak Sani Express from TBS to Kuala Besut, Terengganu.Aku terus je booked sbb waktu tu awal muharram, Ramai woi org balik kampung!Second tips is about transport during holidays, please gerak awal.GERAK AWAL!Nak di jadikan cerita, bus aku dari Melaka pukul 6.30 pm, kami smpai pukul 6.25 kat MC.tu satu hal, jalan jammed pulak kat Higway Senawang,jam dah pukul 8.15 pm, Bus kat TBS pukul 10 pm. Dalam hati doa jelah permudahkan urusan, Alhamdulillah, driver bus to masuk tol Senawang keluar tol Seremban. then sempat lah kami sampai di tb pukul 9.30 pm.Thank you so much bang!Kalau naik flight memang kau dah lari2 lah dalam KLIA TU(teringat trip ke penang tertinggal flight) hahahaha Btw, aku booked bus lepas dah confirm package kat kravers.Otw ke sana, bus akan stop kejap di Jerteh and beberapa tempat,so,so, jangan ingat org turun pon kau turun.Tak pasal2 tak sampai ke destinasi.Maklumlah, baru bangun tido pukul 4 pagi. hahaha.So, smpai je kami di station bus Kuala Besut around 5.50 am and kami macam blur bila dah turun bus, fikir nak wat apa, nak call sapa, nak pergi mana.. Nasib baik ada pakcik baik tolong guide kan pergi ke jeti, maybe dalam 50 meter.So, jalan kaki lah! kata backpakers.sobss.Kalau takde org guide kau, kau duk je kat kerusi besi tu, kau pergi ke arah kiri kau nampak BSN (the only ATM at that pekan) and kau jalan je terus and stay left kalau kau nampak simpang.Nampak kawasan perkuburan and Masjid means kau dah dekat lah tu.pastu dah terang sikit kau jalan2 je kat situ, serious dekat.

Sampai je jeti, dah solat semua, pergi gerai and breakfast.Disebabkan pakej yang aku amek takda makanan utk first day, aku tapau lah nasi dagang utk tengahari punya makan.Bot, korang boleh naik sama ada pukul 8.30,12 or 4 ptg tapi kiteorang taknak buang masa, ambil lah 8.30 punya.Before naik bot, jumpa one of the kravers agent, nama Mirul.Sembang punya sembang, dia suruh beli Marine Park tiket RM 5 seorang (diguna pakai utk snorkelling nanti) and akan jumpa dia nanti time keluar pulau on  last day.Sampai je pulau perhentian, kami pergi check in Sha ri la Resort.Sediakan deposit hotel RM 100 and kalau nak pinjam Iron,deposit pulak RM 50.Nanti korang dapat balik duit tu.(Third tips,keluar duit secukup-cukupnya before masuk pulau).Alhamdulillah, bilik ada kosong,so, dapat check in awal, takdelah bersapau tepi pantai ke.Istimewanya Sharila resort ni, die berdekatan dgn Romantic Beach! Apa lagi, sampai je kami tukar baju and masuk laut! Truely heaven on earth! 

                             Our room, takda itik, takde bunga lilin bagai

        Living close to nature is wonderful for your mental health

                                                                   Team Germany beb!

Pukul 12 lebih terus kami rehat di bilik, prepare utk hiking Kincir Angin pulak belah petang.Okayh, ramai tak tau mcam mana nak pergi sana so, kat bawah ni ada simple map tuk korang. Kami stay di Coral Bay, as you can see, banyak giler resort kat situ, if korang nak pilih reosrt lain kan.Tapi, kalau nak pergi kincir angin, korang kena lalu Ombak Resort.Dari situ ada jalan short cut ke Long beach mengambil masa 10 minit giteww (naik turun bukit).Better korang pakai kasut yang selesa sbb kata pun hiking kan hahaha. So, smpai je long beach korang belok kiri smpai korang nampak campsite or volleycourt dalam 300 meter and belok kiri.Di situ lah, adventure bermula...Korang akan daki, daki and jumpalah kincir angin dalam 30 minit (free je) and korang kena pergi ke tangga yang cantik tuu, kena belok kanan after nampak kincir angin.Nak cara senang pergi sana? Takda masalah, keluarkan je duit RM 10 and naik water taxi sehala.So, pergi balik dalam RM 20. Takda masalah. hahahaha.
Masuk di Ombak Resort

                               Time mendaki, line full giler!
                                                                     Penat tapi berbaloi!

Dah hiking, lapar lah pulak dan kami terus makan dekat persisiran long beach, harga makanan sorang RM 10 jeeee.jeee? Pulau biasa lah harga makanan mcm tu. hehehe. Fourth tips, untuk siapa yang takut gelap tu disarankan balik sebelum maghrib sebab jalan short cut tu hutan sikit, tapi yang jenis nak lepak2 malam tu ha bawak lah torch light nak balik resort senang.Dekat Long beach tu mmg akan bising sebab ada persembahan api and party by mat saleh. hehe. Suka korang

Day 2 (Pulau Perhentian,Snorkelling)

Second day, lepas je breakfast buffet di resort, kami terus prepare nak Snorkeling.Pukul 10.30 pagi kami dah tunggu abang boat.Ada 6 point which are Turtle point, Coral point, Shark point, Fish point, Fishing Village and last sekali Romantic beach..Package yang aku amek ni siap makan tengahari di Fishing village, mmg puas hati lah lunch kami sbb dah pergi berenang2 tengok ikan mesti lapar kan! Nasi banyak, lauk pon banyak.Makan sampai kenyang. hahaha. Yang tak booking boleh je amek pakej direct dekat Ombak Divers (Recommended since the guide is so awesome and friendly) RM 50 per person,Paling penting! takyah korang duk gatai tangan sewa gopro dlm RM 80- RM 100 sebab Kravers/Ombak Divers dah menyediakan Under water Photographer yang mmg Superb gambar dia.Bayar RM 60 je and die akan bagi CD and ambil lah berapa banyak gmbar korang nak on that trip.My tips, sentiasa ikut photographer tu, sebab rugi kalau korang beli tapi gmbar tak banyak.Bukan nak cakap apa, Mat Salleh yang bawak Go Pro pon sanggup beli CD sbb gambar die Marvellous!Tak Percaya? haaa tengokkk
Cantik kan! tu belum lagi video nampak ikan berenang-renang. So, habis je snorkelling dalam pukul 4.30 - 5 pm, Sempat rehat kejap sementara menunggu BBQ dinner pukul 8.30 malam.Nak di jadikan cerita, kami laki bini boleh tertido smpai kul 8.30 pm!Lupa nak kunci jam sebab penat sangat seharian snorkelling. Hahahahahaha! Keluar je resort, kami terus ke Fatimah cafe, Semua dah kosong. Waaaa! mana makanan ni, tempat bakar pon dah siap kemas! Terus tokey tu tanya, kami tunjuk Id dan die kasi makanan yg dah dia simpan. hahahaha. Dia kata start dari pukul 8 dah tapi kami sampai kedai kul 9. Makan lah kami sotong, ikan, hotdog, and macam2 then straight pergi ke ombak cafe utk tengok slide show gmbar kami snorkelling siang tadi,Abang tu burn je cd, terus bagi duit and balik resort sambung tido. zzzzzzzzzZZZZ.

Day 3 (Pulau Perhentian-KL-Melaka)

Hari terakhir, kami check out pukul 11.30 pagi, before tu breakfast dulu di Sha rila cafe (dlm package) dan merayau lah di long beach sementara tunggu bot pukul 4.Beg yang berat tu kita tinggal kan je dekat  reception, akak kat situ baik2 (perempuan tau) and bawak yang penting je. Plan nye nak kayak, tapi fikir kan nanti baju basah, pasir bagai, so lepak je lah bawah payung kat long beach.Kena bayar okayh! Rm 10 jeeee. hehe. dah lepak sampai kul 2,30 terus g kedai makan utk lunch plak (sendiri) , aku makan dekat kedai short cut yg korang lalu nk g long beach tu, nama kedai tu Ewan's Cafe. Korang kena try Nasi Kerabu dia.Sedap giler!! and aku pulak makan chesse burger, kenyang sangat! 

Lepas makan je, terus g Coral Bay Jetty, and sampai je kat Kuala Besut Jetty, kami jumpa balik Mirul, bagi feedback semua and rakam sikit video promote Perhentian Kravers.Memang best since ni first time ke sana and perhentian kravers memudahkan journey kami.cehhhh.Sementara nak menunggu pukul 8.30 (our bus ticket) kami beli souveniers dulu, favourite things yang aku suka beli kalau berjalan ni just Fridge Magnet and Baju je..Itu je lah modal yang ada hahaha.Then kami jalan-jalan di pekan kuala besut dulu, pergi pasar malam, pergi ambil gambar mural diorang (macam penang) and lepak kat 7E beli makanan ngoyeng-ngoyeng.Tapi kalau korang nak beli makanan-makanan ringan ni better korang pergi Pasaraya area bus station.Surau pun ada di tingkat dua atas kedai komputer area situ jugak.Itu sahaja nak kongsi, hope dapat bagi korang maklumat berguna kalau nak g sana honeymoon.orite, thank you!
                                      Throwback kejap wedding
Additional tips by Kravers,

Cara cara nak sampai Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian

Samada guna :  ๐ŸšŒ , ✈,๐Ÿš—

๐ŸšŒ: Beli tiket bas ke Kuala Besut. Jeti hanya 50meter dari Stesen Bas K.Besut . Kebanyakan bas dari Semenanjung ade ke K.Besut. Paling Recomended!
**then terus ke meeting point

✈: Amik tiket flight ke Kota Bharu instead of Terengganu sebab lagi dekat. Then boleh amek teksi atau request van.
๐Ÿ‘‰Airport KBR ke Jeti Besut ET 45mins
๐Ÿ‘‰Airport KTG ke Jeti Besut ET 2 hours
**sampai terus ke meeting point

๐Ÿš—:Bawa kereta dari destinasi anda terus tuju ke Jeti Kuala Besut Terengganu guna apps (waze/googlemaps/gps/dll)

๐Ÿ“Œsila pilih parking kereta berbayar yang selamat di kuala besut*sila simpan kunci dgn elok. Ada yg pernah terhilang kunci kat pulau.

Assalamualaikum!










0 comments: