♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan , terima kasih kerana melawat blog saya ♥ ASSALAMUALAIKUM , ahlan wa sahlan ,terima kasih melawat blog saya ♥

Monday, July 25, 2016

DAFTAR NIKAH ONLINE - 2016

ASSALAMUALAIKUM! Hai lovebirds di luar sana!! Mesti korang dah pening giler cara nak daftar nikah kan.Give up and serabut nak handle all the documents, minta cop lagi.Haish.Stress! But don't worry anymore, aku share dengan korang cara nak daftar nikah online.Since, aku and tunang aku orang melaka lebih senang lah nak daftar kan. 

First of all, korang kena ambil kursus nikah dahulu.Kursus kahwin ni lebih kurang RM 80 - RM 120 in two days only.Wajib tau ambil kursus ni and mest be taken 1 month before your akad nikah.Kalau dekat Melaka korang boleh pergi dekat MAIM dekat area Bukit piatu area Jakel.Bukan di Masjid Al-Azim tau! Bawalah photostat ic, gambar pasport bersongkok bagi lelaki and bertudung bagi perempuan.Kalau nak tanya lebih lanjut boleh call MAIM 06-2882264 OR Pejabat Agama Islam Melaka 06-2882360.Btw, untuk tata cara pemakaian pergi khusus, lelaki diwajibkan memakai baju kemeja putih dan bersongkok manakala perempuan bertudung putih dan berbaju kurung yang menutup aurat.Take note!



Second, dah dapat hangpa punya sijil kawin, korang dah boleh daftar nikah online seelok-eloknya 3 bulan and 3-4 minggu sebelum nikah.Jangan daftar awal- awal! tak sabaq nau hangpa ni! Basically, semua borang nikah dah takda dah manual, means zaman sekarang korang kena isi online jugak.Senang je!Taip Laman web negeri hangpa and kalau kat Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak boleh terus pergi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) and click borang nikah online tepi tu.




Untuk yang Newbie boleh buat permohonan baru and please save no rujukan permohonan untuk update information one day.Seperti yang korang tengok atas ni, dia ada belah lelaki and belah perempuan.So, lelaki kena settle dulu isi borang baru boleh belah perempuan fill in the form.Untuk bahagian maklumat kariah, korang boleh lah pilih masjid berdekatan dengan rumah.Toksah pening- pening nak google maksud kariah tu apa.hehehe.Nanti ada ruangan SARINGAN HIV and yg area melaka boleh pergi poliklinik peringgit belakang Melaka Sentral hanya bayar RM 1.Operation hour kalau hari biasa Isnin - Jumaat pukul 2.00-3.30 sahaja.Hari minggu tiada Sesi ujian saringan HIV. Most important, basic document yang anda kena attached kena lengkap seperti yang berikut :

  • Ic/passport (Original & 1 copy)
  • Sijil lahir (if alamat ic tak sama dengan current address)
  • Surat pengesahan bujang dari majikan/ketua kampung (Original)
  • Sijil kursus kahwin (Original and 1 copy)
  • Kad pengenalan wali (bagi perempuan) (1 copy)
  • Sijil perakuan nikah or surat perakuan cerai your parents (1 copy)
  • Sijil kematian bapa atau datuk (1 copy)

Additional document untuk kes khas seperti

  • Sijil/surat./ kad akuan menganut islam.Pengesahan dari Jabatan Agama if memeluk agama islam di luar negara (Original & 1 copy)
  • Surat kebenaran Majikan if tentera or polis (asal)
  • Surat kebenaran dari Mahkamah Syariah sekiranya bawah umur/poligami/tiada wali/wali enggan/janda berhias (Original)
  • Surat Wakalah Wali (jika berwakil wali) (Original)
  • Surat kebenaran pasangan (time ni lah nak bold if minta kebenaran hehehe)
  • Surat perakuan nikah/rujuk or surat kematian pasangan yg disahkan bercerai mati (Original & 1 copy)
  • Surat perakuan cerai (Original & 1 copy)
  • Sijil Temuduga Perkahwinan bagi kes tertentu sahaja

Third, lepas settle borang nikah tu (Sign by wali,imam masjid, pengantin all that) boleh lah hantar ke Pejabat Agama Islam (depan pos office) dan bayar RM 10 each form (for me RM20 since hantar dua2 belah pihak) untuk process fee and datang lah balik a  few days later utk ambil borang kebenaran kebenaran berkahwin untuk dihantar ke imam yang nak nikah kan anda.Tara! dah settle.Owhhhh, Dont forget give your passport photo (2 pcs) lelaki bersongkok and perempuan bertudung to pak imam.Bawah ni contoh borang kebenaran berkahwin.


Lastly, tunggu hari nikah je lah
(DUP DAP DUB DAP)
Okayh itu sahaja.Thank you and hope membantu korang! BYE & ASSALAMUALAIKUM!

2 comments:

Nur Atiqah said...

thanks mwembantu sangat2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hanis said...

nak tanya, yg maklumat kariah lelaki & perempuan kena sama ke?